Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Friday, October 21, 2011

Program Dunia Dalaman Diri

Dunia luaran dan dunia dalaman. Dunia luaran adalah apa yang kita lihat mengikut tahap maqam diri kita. Bermaksud apa yang terlihat oleh diri kita tentang dunia luaran ini adalah mengikut kefahaman, keyakinan, firasat, pengalaman dan hikmah dalaman diri kita.

Sebagai contoh, apabila kita melihat bos sedang marah dan menegur kita, kebiasaan yang kita faham adalah bos itu angin tidak betul, asyik-asyik nak marah, mood tiada, tengah tension dan macam-macam lagi mengikut tahap kita 'melihat' situasi tersebut.

Bagi sesetengah orang pula, ia melihat itu sebagai teguran dari Allah di atas kesilapannya ataupun untuk peningkatan prestasi mutu kerja. Lantas ia mengambilnya satu situasi yang bermakna untuk dipertingkatkan di masa hadapan dalam keadaan tenang dan senyum saja. Ianya bergantung pada tahap diri kita sebenarnya.

Satu contoh lagi. Kita melihat pisau. Jika yang melihat itu seorang penjenayah, maka baginya pisau itu berguna untuknya dalam jenayah yang akan dibuat. Bagi seorang tukang masak pula, pisau itu berguna untuk memasak. Subjek yang sama (pisau) tapi tahap diri manusia (penjenayah / syef) yang berbeza. Begitulah juga yang lain-lainnya.

Saya tak nak bercerita tentang dunia luaran, tetapi kali ini saya ingin berkongsi tentang dunia dalaman kita. Dalam kehidupan seharian, kadangkala banyak perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup kita. Apa yang dirancang tidak menjadi, keinginan tidak menjadi kenyataan. Bertemu dengan orang-orang yang buat kita benci, rimas dan tertekan. Di tempat kerja macam-macam hal, kena marah dengan bos, pekerja tidak membuat kerja dengan betul. Di rumah dengan anak, isteri, suami yang perangai tidak tentu hala, mood kejap ok kejap tidak. Rasa nak sahaja ubah semua itu mengikut apa yang kita nak.

Tapi tidak semudah kita nak ubah dunia luaran. Melainkan kita mengubah dunia dalaman kita dahulu barulah dunia luaran terlihat indah, insyaAllah. Sebagai pemahaman kita, apabila rambut kita serabai tidak kemas, cuba lihat di cermin. Rasa-rasa kita nak betulkan rambut dekat cermin atau betulkan rambut yang ada pada diri kita? Mestilah pada diri sendiri, betul?. Bila sudah kemas, cuba lihat balik di cermin, nampak kemas kan? Macam itu juga kalau kita nak ubah dunia luaran, ubah dulu dunia dalaman kita. Kalau kita melihat ujian itu menyeksakan, maka ubahlah diri kita supaya melihat ujian itu suatu rahmat dari Allah.

"Dunia luaran ibarat cermin yang ter-refleksi dari dunia dalaman bagi setiap diri manusia."

"Hasil yang terdapat pada dunia luaran (pada pandangan individu) adalah hasil dari program dunia dalaman"

Banyak artikel motivasi, tips motivasi dan kursus-kursus berkaitan kuasa minda, metafizik, afirmasi, visualisasi dan pelbagai lagi sumber-sumber untuk pengembangan diri kita untuk menjalani kehidupan dengan sukses. Apa yang penting semuanya itu adalah untuk membangkitkan potensi dalaman diri kita, mengubah ketrampilan diri untuk menjadi seorang khalifah, seorang manusia beriman dan bertaqwa yang hebat untuk menguruskan diri dan bumi Allah ini.

Saya ambil satu contoh dalam siri ilmu kuasa minda salah satu ditekankan adalah afirmasi atau saranan. (sebagai contoh afirmasi: Aku seorang yang ceria). Sebenarnya kita memprogram minda bawah sedar dan memberitahunya apa yang kita inginkan melalui kaedah dan teknik-teknik tertentu. Afirmasi ini harus dilakukan berulang kali dengan disertai dengan 'rasa @ feel' di mana kita seolah-olah sedang mengalaminya. Harus dengan keinginan dan keyakinan yang kuat.

Jadi, apa yang kita perlu faham di sini ialah sebenarnya apabila kita sering mengulangi afirmasi-afrimasi positif di atas tadi, (kita sedang mengubah @ memprogram dunia dalaman kita dengan apa yang kita ucapkan supaya dengan izin Allah ia menjadi kenyataan di dunia luaran). Apa akan terjadi ialah yang pertama wajah kita tampak ceria.

Senyum indah terukir sentiasa (hasil dari latihan afirmasi tadi). Aura ceria yang ada pada diri kita terpancar dan orang disekeliling kita akan dapat merasainya. Dan yang paling penting kita digerakkan oleh Allah untuk melakukan sesuatu atau bertemu dengan sesuatu perkara yang terbaik yang menghasilkan sesuatu akibat atau hasil yang pasti menceriakan diri kita terutamanya, dan orang lain amnya. Fahamkan betul-betul!

Jadi, bila dunia dalaman kita hebat, akan terlihat dunia luaran juga hebat. Biarpun pada pandangan orang lain itu biasa-biasa saja. Kita akan sering ditemukan atau bertemu dengan perkara-perkara yang hebat, menyenangkan dan berfaedah. InsyaAllah. Percayalah!

Inilah betapa pentingnya kita perbaiki dunia dalaman diri kita. Dan dalam Islam, semuanya lengkap dari atas ke bawah, luar dalam, zahir batin. Segalanya lengkap. Lihatlah orang-orang soleh, mereka tenang dalam setiap ujian. Bagi mereka ujian itu indah sebab ia datang dari Yang Maha Indah. Dunia dalaman orang-orang soleh telah terprogram dengan pelbagai aplikasi mahmudah (yang baik-baik saja), jadi apa yang terjadi pada dunia luarannya pun kelihatan baik-baik saja.

Apa saja yang kita belajar, itu semua untuk memperingatkan diri kita. Apabila kita telah memperingatkan diri kita, maka diri kita pula yang akan sentiasa memperingatkan kita. Itulah yang dikata, "jika mencari ilmu, maka ilmu menjaga kita."

-Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM