Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Friday, October 14, 2011

Mengapa Allah Ciptakan Syurga dan Neraka



Jika Allah adil mengapa Dia menciptakan syurga dan neraka? Mengapa Allah tidak menciptakan syurga sahaja dan semua orang masuk ke dalam syurga?

Allah menjadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata. Syurga dan neraka adalah satu tempat bagi memilih sesiapa yang terbaik dan layak menjadi penghuninya. Allah memberi peluang yang sama kepada semua orang, Allah menganugerahkan kita akal untuk berfikir dan bebas memilih jalan kebaikan atau kesesatan. Sesiapa yang memilih kebaikan,dia akan mendapat syurga dan bagi mereka yang memilih kejahatan,dia akan mendapatkan neraka.

ANALOGI
Sekolah mengadakan peperiksaan setiap enam bulan sekali. Mengapa wujudnya peperiksaan?
Cikgu sudah mengenali pelajar rajin dan bodoh. Peperiksaan adalah bagi melihat siapa pelajar yang terbaik dan memotivasikan pelajara untuk belajar dengan lebih rajin. Pelajar yang rajin mendapat keputusan yang baik dan pelajar yang malas mendapat keputusan yang teruk.

Pelajar cemerlang mendapat anugerah daripada guru besar dan sebagainya. Tanpa ada peperiksaan maka tidak dapat diketahui siapa pelajar yang terbaik. Oleh sebab itu, Allah menciptakan syurga dan neraka supaya manusia beramal untuk mendapatkan status terbaik semata-mata.

Selain itu, Allah menjadikan manusia bukan seperti robot hanya mengikut arahan semata-mata. Allah menciptakan manusia dilengkapi dengan akal supaya manusia dapat memilih sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya. Oleh itu, manusia mampu membuat pilihan walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada sesuatu itu baik atau buruk.

Syaitan hanya diberi peluang menghasut manusia sedangkan keputusan ditentukan manusia sendiri. Allah berkata yang bermaksud:

Dan syaitan berkata ketika selesai diazab: " Allah menjanjikan kepadamu yang benar,dan akupun menjanjikan kepadamu tetapi aku ingkar. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu,janganlah kamu mercerca aku tetapi cercarlah diri kamu sendiri. (Surah Ibrahim,ayat 22)


Ayat diatas menjelaskan keputusan setiap tindakan manusia terletak pada manusia bukan pada syaitan. Syaitan hanya diberi peluang menghasut semata-mata sedangkan keputusan di tangan manusia sendiri.

Allah tidak pernah menzalimi manusia. Setiap perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau jahat akan mendapat balasan yang setimpal. Allah menyatakan di dalam Al-Quran:

Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah(Atom), dan jika ada kebaikan sebesar zarah,nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberi pahala yang besar. (Surah an-Nisaak,ayat 40)

Ayat di atas menunjukkan Allah Maha Adil kepada manusia, dan setiap kebaikan atau keburukan akan dihisab.

Sumber: Buku TUHAN UNTUK SEMUA(FAISAL ABDURRAHMAN)
Banyak persoalan yang dapat dijawab. Dapatkannya.

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM