Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Friday, December 31, 2010

Tirai 2011? Hadapi dengan bijaksana.

Assalamua'laikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT..

Masa berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedari saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan hari berganti hari sehinggalah beberapa detik lagi tahun baru masihi bakal menjelang. Tahun hijrah 1432 telah diraikan dan kini tahun 2011 masihi pula bakal membuka tirai. Setiap tahun baru akan disusuli dengan azam yang baharu. Namun, apabila sambutan tahun baharu dicemari dengan perbuatan yang tidak beradab, maka segala keazaman yang dibuat tidak memberikan sebarang makna dan nilai. Ini kerana azam yang baik mestilah dimulakan dengan perilaku dan adab yang baik dalam kehidupan.

Ketika sambutan tahun baharu hijrah, terdapat segelintir masyarakat yang sering mempertikaikan upacara sambutan yang dibuat dengan doa awal tahun dan doa akhir tahun. Mereka menyifatkan sambutan tersebut adalah sesuatu yang bid’ah dan bercanggah dengan sunnah nabi. Akan tetapi, mereka tidak pula menyatakan bid’ah terhadap sambutan tahun baharu masihi yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang meruntun nafsu seperti perhimpunan besar-besaran muda-mudi dan remaja belia, kemudian diikuti dengan persembahan konsert dan percikan bunga api yang amat mempesonakan.
Tambah ‘menyeronokkan’ lagi ialah perhimpunan itu melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan serta pengkid dan pondan tanpa garis pemisahan! Konsert hiburan yang melibatkan percampuran serta pergaulan bebas merupakan acara ‘wajib’ dalam sambutan tahun baharu masihi. Seolahnya, tidak akan wujud tahun baharu sekiranya tidak disambut dengan hiburan dan konsert yang berteraskan budaya hedonisme barat ini.

Pandangan zahir jelas menampakkan hingga kini bulan, bintang dan matahari terus melaksanakan tugasnya mencerahkan bumi atau menghilangkan sinarannya. Hanya dengan meneliti keadaan sekililing sudah cukup menyedarkan kita betapa hebat kuasa si pencipta. Justeru, sebagai makhluk yang diciptakan dengan kelebihan akal marilah kita membuka lembaran 2011 ini dengan bermunajat kepada Allah SWT agar dijauhi dari sebarang perkara-perkara yang mungkar. Buat sahabat-sahabat yang mampu, cegahlah kemungkaran yang dengan kuasa dan lisan sebaik-baiknya. Jika tidak, lindungilah hati dari noda-noda jahiliah.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 96 bermaksud :
‘Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan’.

Dikesempatan ini komuniti blog Persatuan Pelajar Islam SMK Tebobon ingin mengucapkan syukran jazilan buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung dan menyokong laman ini sehingga ke hari ini. Semoga Allah menetapkan hati-hati ini agar terus memegang syiar Allah dan melaksanakan segala perintahNya. Selamat beramal, Let's strive For Mardhatillah! :)

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM