Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Sunday, February 7, 2010

Pengumuman!!!Hukum sambut Valentine..!!!!


Hukum sambut ValentineSebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”.
(riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam.
Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T.
seperti sambutan
Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.


Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.


Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine,

Sheikh al-‘Utsaimin berkata:
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:


“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.



Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


Alhamdulilah..akhirnya..usaha yg sedikit ini harap dapat m`yedarkan mereka yang masi tidur dgn keseronokkan sementara ni..
walaupun tidak mampu m`yedarkan SEMUA..tapi harap bilangan yg sedikit m`bacanya mengambil peranan..



No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM