Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Sunday, January 31, 2010

Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??

Hari ini, al-mathurat tidak lagi diketahui dan diamalkan oleh ahli-ahli jamaah Islam sahaja, bahkan ia juga turut menjadi suatu wirid yang digunakan oleh masyarakat umum. Namun, terdapat di antara golongan ini yang mengamalkan sahaja, tapi tidak tahu kelebihannya. Ada pula yang tahu tapi tidak mengamalkannya ataupun istiqamah.


Hasil tinjauan penulis, realiti hari ini segelintir pendakwah Islam hari ini yang mengetahui kelebihan al-mathurat tidak lagi mengamalkan secara konsisten. Bahkan bagi sebilangan usrah-usrah orang dewasa (senior), mereka tidak membaca al-mathurat sebagai pembuka majlis tapi cukup sekadar bacaan al-fatihah sahaja. Paling teruk apabila ada segelintir "golongan" yang entah muncul dari mana melabelkan al-mathurat sebagai bid'ah dan tidak patut dibaca melalui risalah yang mereka edarkan.

Dua minggu yang lepas, penulis ada bertemu seorang sahabat yang mana mempunyai latar belakang pendidikan dari Pesantren (pondok) di Indonesia selama 6 tahun dan Universiti Al-Azhar selama beberapa tahun. Sahabat ini menceritakan bahawa apabila beliau ke bumi Mesir dahulu kebanyakan mahasiswa Al-Azhar mengamalkan al-mathurat dan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai al-mathurat ini kerana belajar dari pesantren (sistem pengajian pondok) lantas beliau terus mengkajinya kerana pada fikirannya ia merupakan ciptaan Hassan Al-Banna sendiri.

Apabila dia membuat kajian merujuk kepada Al-Quran dan kitab-kitab hadis, maka apa yang terkandung di dalam wirid al-mathurat ini memang betul-betul berkisarkan dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Maka selepas itu, dia juga telah mengamalkannya sehingga sekarang dan tambah beliau lagi hatinya tenang dan badan menjadi lebih kuat setelah membaca wirid ini.

Al-Mathurat kini kian dijual secara meluas di pasaran dan toko buku

Kelebihan al-mathurat adalah tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga, selamat dari segala sesuatu, Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya, terhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan lagi.

Perlu diketahui bahawa ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka perlu diperbaharui selepas waktu asar. Dan menjawab kepada golongan yang berkata al-mathurat ini bida'ah atau tidak harus dibaca, mereka yang berkata sedemikian perlu mendalami apa konsep sebenar bida'ah dan kenapa mereka hendak menghalang orang lain untuk beramal dan men'taqarrub'kan (mendekatkan diri) kepada ALlah swt sedangkan wirid ini tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah RasuluLlah. Bahkan Islam sendiri mengajar umatnya dalam arena dakwah untuk "bercakap lebih mengenai syurga daripada neraka" dan "memperluas konsep sunnah daripada bida'ah". Seperti mana firman ALlah di dalam Al-Quranul Karim:

يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).

copy paste from : http://mujahideen-islam.blogspot.com/ (blog Akhi Zaim)

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM