Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Wednesday, January 6, 2010

Maafkan andai coretan ini memanaskan mu..



Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa..
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok..
Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
ADAM..
,Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini..
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia.
Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil.
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga.
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
AdAm..
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku.
Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu.
Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini.
Namun sebagai hamba Allah,
Aku sayang padamu..
Adam..
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita.
Kau diberi amanah mendidikku..
Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi.
Tetapi Duhai Adam, !!!
lihatlah dunia kini.Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu!!!
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku .....
Jika terpaksa,
aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. ..
Tapi realitinya kini,!!!
aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,...Mengapa kau biarkan daku begini?
Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata...
Padahal engkau duduk sahaja.!!pilu hatiku
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. ..
Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba...
Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara.
Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu???!!!!!
Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku???
adam..
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan!!!!
Kenapa kau???
Bukankah orang sering bicara,
ika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik..
Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar...
Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!
Adam..
Kau selalu mengata, Hawa memang degil!!
Tidak mahu dengar kata!
Tidak mudah makan nasihat!
Kepala batu!
Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu,
Siapakah ikutanmu?
Siapakah rujukanmu?
Dalam mendidik aku yang lemah ini.
Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?..
Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w?
Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
adam..
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu...
Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku.
Lupakah kau duhai Adam?
Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan..
Akalmu sembilan, nafsumu satu.??
dan aku
akalku satu nafsuku beribu!!!
Dari itu Adam
gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku...
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai...
Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku kalimah..
syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah.
Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku
agar aku mampu tetap
menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri..
Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda.
yang memerintah.
Malulah engkau Adam.!!!!
Malulah engkau pada dirimu sendiri.!!!

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM