Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Saturday, January 16, 2010

Adakah Peluang Ke-2 Buat ku...




Setiap detik yang aku lalui,

Setiap tawa riangku,

Setiap tangisan ku,

Setiap kataku,

Setiap perlakuanku,

Setiap pemikiranku,

Di ketahui Yang Maha Esa.


Aku seakan tidak pernah sedar,

Tidak pernah peduli,

Tidak pernah takut,

Tidak pernah insaf akan kekuasaanNya,

Kerna dari Dia aku datang,

Kepada Dia aku kembali.


Aku hadir ke dunia membawa janji,

Janji yang wajib aku tepati,

Menjadi khalifah di bumi Ilahi.

Tapi sayang...

Tiba di dunia,

aku lupa pada janjiku,

Aku hanyut dengan kemasyuran dan kenikmatannya,

Menjadikan aku manusia yang

angkuh!

Sombong!

Bongkak!


Pentingkan diri sendiri!

Wang menjadi nyawaku,

Hiburan dan wanita menjadi amalanku,

Tipu dan fitnah menjadi zikirku,

Bahan2 maksiat menjadi bacaanku,

Arak dan disko menjadi qiamullailku.


Aku benci laungan azan!Nyanyian siapakah itu?!!

Sungguh sumbang bunyinya!



Sejadah??

Apa tu?Alas meja? Alas kaki?

Mangapa mereka sujud atasnya?

Tak kotor kah?


Al Quran?

Komik apa tu?


Dunia menghasut aku utk menjadi seorang yang pelupa

..Aku lupa...

Aku akan menemui ajalku,

Aku lupa...

Aku akan dikafankan

,Aku lupa...

Aku akan di talkinkan,

Aku lupa...


Keluarga, harta, wang akan meninggalkanku,Keseorangan, kesunyian, kesempitan dalam kegelapan.


Namun tidak lama,

Kerna 2 makhluk Allah akan menemaniku,

Munkar dan Nangkir!

Menyoalku dengan penuh marah!Tengking! Kasar! Herdik!Atas segala perbuatan jahatku didunia.


Aku di pukul, di siksa, dihimpit hingga rusuk bertemu rusuk,Aku menangis, meraung, menjerit kesakitan,

Mengharapkan

rakan2ku, sanak saudara ku,

Mengeluarkan aku dari tempat itu,

Aku tak tahan!

Aku nak keluar!

Namun meraka tidak pernah dengar

tangisanku,kesakitan ku, keperitanku, rintihanku,


Baru kini aku teringat pada JANJIKU!!!

Oww tidak!!!



Yang tak pernah aku tunaikan.

Andainya aku dikembalikan ke dunia,

Azan akan menjadi peringatanku,

Sejadah akan menjadi cecahan dahiku tiap waktu,

Al Quran akan menjadi bacaan dan panduanku,

Nama2 Allah dan selawat akan menjadi zikirku,

Sedekah dan solat akan menjadi amalanku,

Tahajjud dan Taubah akan menjadi Qiamullailku..


Harapan ku hanya satu,


Memohon keampunan dariMu ya Allah,

Mengharap peluang kedua dari Mu,Meminta pertolongan dari Mu..


Namun Kau takkan mendengarkanku,Kerna aku telah persiakan peluang yang Kau berikan padaku...Satu masa dahulu....


By:Ana AL -FaQiRoh Wad DHo `iffah ilallah

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM