Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Thursday, December 17, 2009

Jatuh, Bangun Semula

Acapkali juga rangkai kata di atas menembusi kornea mata, memasuki halwa telinga dan seterusnya bermastautin di minda para pembaca, pendengar dan pemikir di luar sana. Agak sukar untuk diungkapkan bilamana situasi ini terjadi ke atas diri, untuk membiarkan ia menjadi lafaz yang tersimpan dalam sanubari pula adalah ‘nda ngam’, jadi ada baiknya jikalau dikongsi bersama. (Post nie hanya sekadar perletakkan diri penulis di posisi individu yang mungkin mengalami benda ni..Alhamdulillah,setakat nie, pernah terjadi kat penulis tapi tak lar teruk sangat..hehe..)


Pernah bermain di pemikiran untuk berhenti sahaja dalam perjuangan menegakkan syariat Islamiah ini, menamatkan segala langkah yang telah tercipta sepanjang perjuangan.


Peduli apa aku!Bukan aku jak yang berjuang bah!Ada orang lain lagi yang lebih layak untuk ganti tempat aku!Pergghhhh,dah lar buang masa, bagus berhenti jak!!!”


Inilah yang pernah terlintas di pemikiran sang insan yang bernama manusia.


Ketahanan mental dan fizikal, tenggelamnya semangat, lemahnya daya yang hanya mampu membuatkan insan mengerang, menjadikan mereka yang mengalami simptom ’futur’ ini seperti sedang meniti di titian yang suram.


Dengan bekalan penyakit ’futur’ sebagai qualification,bermulalah karier seorang insan yang berkecimpung dalam bidang escape, tak kiralah escape apa sekalipun (usrah,meeting,program ilmiah dan paling gerun sekali, IBADAH..!!!nauzubillah..)


Tompok2 hitam mula meluaskan kawasan jajahannya di hati dan memerintah dengan bantuan jeneral perangnya iaitu SYAITAN LAKNATULLAH!!! Hipotesisnya dalam situasi ini, ’SEMAKIN FUTUR, SEMAKIN BANYAK TOMPOK HITAM’.


Tetapi Allah itu Maha Pengasih kepada hamba2Nya. Tidak ingin dilihatNya pejuang2 agamaNya hanyut di arus globalisasi yang dijana oleh modenisasi. Diturunkan peringatanNya di dalam surah Al Baqarah ayat 286,


Allah tidak membeban seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”


sedikit demi sedikit godaan syaitan berjaya dilunturkan. Tetapi, sebahagian dari diri masih lagi berkata,


Aku tak sesuai untuk benda2 da’wah ni. Aku tak suka walaupun aku tahu ia sudah menjadi suatu kewajipan untuk orang2 mukmin.AKU TAK LAYAK!!!”


ALLAH begitu meluaskan kasihNya terhadap hambaNya. Diingatkan lagi dalam surah yang sama ayat 216,


Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”


Iman mula menyapa dan jiwa pula berbisik ”Ya ALLAH, begitu kasihnya Engkau terhadap hambaMu ini. Semakin jauh ku lari daripadaMu, semakin dekat Engkau mendekatiku. Betapa manisnya kasihMu ya ALLAH”


Kini, langkah yang kian lama terkubur dalam timbunan ’futur’ telah diberikan nafas baru daripada tarbiyah yang dikurniakan, menyedari hikmah dugaan yang menguji keimanan. Bilamana jiwa dan iman sudah mula se’antena’, tiada halangan lagi untuk menjadikan diri ini seorang mujahid yang sentiasa patuh dengan syariat yang ditetapkan.


Hati tidak lekang berdoa ”Ya ALLAH, pimpinlah diri ini ke jalanMu yang lurus, untuk diri ini bangkit semula dari tidur yang lena dan meneruskan langkah yang telah terhenti seketika. Cekalkanlah hati dan semangatku serta kurniakan ketabahan agar mimpi ini tidak menjadi sekadar angan2. Kepadamu ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, ku meminta dan berdoa. Amin......



Langkah Yang Kian Tercipta Di Tika Itu Telah Membuatkan Diriku Sedar Tentang Hakikat Sebuah Kebahagiaan Di Sepanjang Perjalanan Menuju KeredhaanMu Ya ALLAH..Bisikan Malam Telah Menjana Satu Tekad Untuk Senantiasa Berada Dalam Landasan SyariatMu..


"Saat KEKALAHAN Itu Bermula, Apabila Kamu Merasa LEMAH Di Dalam Perjuangan, Saat KEMENANGAN Itu Bermula Apabila Kamu MELAWAN Rasa Lemah Itu"
(Sayid Qutb)


p/s : hanya sekadar perkongsian ilmu, tidak ada kena mengena kepada mereka yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...sebarang kebetulan adalah tidak disengajakan..;)

dipetik daripada : www.shafztokalong.blogspot.com (promosi seround...hehehe..)

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM