Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Monday, December 7, 2009

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

No comments:

Post a Comment

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM