Satu Khilafah Syariah Didahulukan, Mardhatillah diutamakan we gain, share and spread the da`wah

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMK TEBOBON KOTA KINABALU

anda pengunjung ke

Web Page Counter


Followers

Tuesday, December 6, 2011

Wasilah Dakwah Kontemporari



Selain tutur bicara, mata pena juga sangat berkuasa dan bertindak menjadi medan seseorang untuk mengeksperasikan segala mesej yang ingin diketengahkan.

"Allahlah yang mengatur perjalanan hidup ini. Sungguh aku ingin membantumu Rul. Tapi agaknya takdir tidak menghendaki aku bisa membantumu kali ini. Sayang kau datang tidak tepat pada waktunya. Anna Althafunnisa sudah dilamar orang. Ia sudah dilamar oleh temanmu sendiri."

"Sudah dilamar temanku sendiri? Siapa?"

"Furqan! Ia sudah dilamar Furqan satu bulan yang lalu."

Mendengar hal itu tulang-tulang Azzam bagai dilolosi satu per satu. Lidah dan bibirnya terasa kelu. Furqan lagi. Ia berusaha keras mengendalikan hati dan perasaannya untuk bersabar.

"Ah semua sudah ada yang mengatur. Iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jika saatnya ketemu nanti akan ketemu juga." Gumamnya dalam hati.

Membelek karya tulisan Habibburahman El Shirazy, seorang novelis tersohor yang mengadunkan nilai-nilai Islamik dalam novelnya, Ketika Cinta Bertasbih, beliau membawa satu pendekatan baru yang mampu menarik golongan muda ke arah pembudayaan pembacaan. Walaupun membawa tema percintaan, namun nilai Islam tidak pula diketepikan bahkan menjadi nadi penting untuk dihuraikan dalam setiap plot penceritaannya.

Rentetan itu, bukanlah suatu yang janggal andai medium penulisan menjadi salah satu gerak kerja dakwah pada masa kini. Selain wasilah berbentuk ceramah, diskusi serta hiburan yang membina, bidang penulisan juga adalah satu inisiatif yang boleh diketengahkan kerana mampu menghidupkan dakwah secara tidak langsung.

Melihat kepada analogi, realitinya mata pena juga boleh menjadi penggerak untuk menzahirkan kepelbagaian penceritaan sama ada perasaan, harapan dan perbincangan tentang sesuatu permasalahan. Menyelami tulisan Nimoiz TY melalui karyanya, Menjadi Penulis Jutawan, beliau menyatakan bahawa terdapat 10 kuasa tulisan. Antaranya ialah tulisan bertindak sebagai satu agen informasi, menyuntik fahaman dan bertindak melebar serta meluaskan pengaruh. Penulisan terbaik ialah penulisan yang bertindak memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca.

Gerak kerja dakwah tidaklah tertumpu kepada medium pengucapan sahaja. Menginjak ke zaman yang serba moden ini, dakwah secara bertulis sangat relevan memandangkan kepelbagaian bentuk pengolahan dan penceritaannya yang cuba disampaikan kepada segenap lapisan pembaca. Justeru, wasilah ini tidak perlu diundurkan sama sekali.

Majalah merupakan salah satu bentuk penulisan yang dilihat mampu menggerakkan dakwah kerana medium ini bertindak meletakkan mesej yang kuat dan berkesan. Momentum dan percambahan majalah-majalah Islamik kini sangat rancak dan diterima baik oleh semua peringkat umur. Kewujudan majalah-majalah berorientasikan Islam seperti majalah Solusi, Gen-Q, Majalah-I, Milenia, Asuh dan pelbagai majalah lain merupakan contoh bahan bacaan yang dapat memberikan input berguna pada setiap kumpulan sasaran pembacanya.

Saranan mewujudkan budaya mencintai ilmu ini bertepatan dengan perintah Allah SWT yang meletakkan budaya 'iqra' sebagai asas kepada pengetahuan manusia.

Firman Allah SWT:

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya." Surah Al Alaq(1-5)

Menurut Faizatun Najihah Azaman, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau melihat hal ini ada pro dan kontranya. "Bila memperkatakan mengenai kelebihan dan kekurangan, sesetengah orang lebih terkesan melalui penulisan. Bagi pembaca pula, sesetengahnya lebih suka membaca dan menghayati daripada menonton ataupun mendengar. Jadi, kita tidak boleh lebihkan salah satu. Ia perlu seimbang kerana masing-masing ada cita rasa, kelemahan dan keistimewaan tersendiri," jelasnya.

Majalah dakwah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan perlu disesuaikan mengikut sasaran pembaca. Antara aspek yang perlu dititikberatkan adalah merangkumi faktor peringkat umur pembaca, jenis pembacaan yang sesuai, teknik penyampaian atau pengayaan cerita dan beberapa faktor lain yang perlu ditekankan untuk menguatkan mesej yang ingin diketengahkan. Bahan dalam majalah juga perlu relevan dengan peredaran masa. Di samping itu, topik yang diutarakan penulis juga perlu bersesuaian dengan isu-isu semasa masyarakat. Namun, andai tajuk lama ingin diketengahkan semula, penulis perlu bijak menggunakan teknik memujuk dalam gaya penulisan mereka.

Memiliki bakat dalam bidang penulisan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai tandingannya. Justeru, kelebihan yang digunakan untuk tujuan pembaikan ini boleh dijadikan momentum terbaik sebagai langkah membawa mesej-mesej positif kepada masyarakat.

- Artikel iluvislam.com

 
  • Menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
    berjumpa karena taat kepada-Nya
    Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
    saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

    Santapan Rohani Jiwa Hamba

    الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة



    Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”



    _Imam syafie_







    Ketahuilah...

    Perjuangan menuntut pengorbanan..
    pemimpin bukan tercipta tapi DICIPTA

    Pengorbanan memerlukan ketabahan,
    Ketabahan memerlukan keyakinan,
    & keyakinan itulah yang membuahkan KEJAYAAN...

    "Kamu harus banyak bersujud. Tidaklah kamu bersujud kepada Allah s.w.t. sekali, kecuali dengannya Allah akan meninggikan darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu" (Hadis Riwayat Muslim)





  • Basyirah03 dan ISGROD01

    Basyirah03 dan ISGROD01

    Mujahid PERPIS

    Mujahid PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Basyirah 02_PERPIS Dan Pengasas PERPIS

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    Mujahid Dan Mujahidah PERPIS 2008

    saat terakhir bersamanya

    saat terakhir bersamanya
  • Open Your Eyes..

  • FOTO ALBUM